Susah ke membina template minisite dengan photoshop?

Perisian adobe photoshop sememangnya sudah dikenali sebagai perisian yang paling banyak digunakan oleh grafik designer di seluruh dunia. Apa yang menyebabkan ramai grafik designer memilih perisian ini ialah kerana perisian hebat ini mampu menghasilkan grafik memukau yang beresolusi tinggi. Hasil grafik yang berkualiti menggambarkan produk yang berkualiti. Itu adalah ”first impression” bagi pelawat yang melayari laman web perniagaan anda.

Soalan penting, susah ke membina template minisite dengan adobe photoshop?

Penting untuk sesiapa pun mengetahui rahsia menggunakan adobe photoshop iaitu anda tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam adobe photoshop untuk menghasilkan grafik yang memukau. Cukup dengan mengetahui ASAS sahaja anda sudah dapat menghasilkan grafik minisite yang berkualiti. Jadi jawapannya ialah, mempelajari adobe photosho senang sahaja!

Asas membina template minisite dengan photoshop hanyalah permulaan kepada diri anda untuk mengetahui pelbagai lagi trik dan rahsia menghasilkan grafik minisite yang hebat.

Selepas anda mengetahui asas menghasilkan grafik template minisite dengan photoshop, anda akan membina pelbagai lagi template baru dengan style yang berbeza!

Sebagai contoh, ada beberapa skill yang anda boleh pelajari dalam membina template minisite dengan photoshop seperti

[+] Teknik membina body template
[+] Teknik membina header & footer template
[+] Teknik membina order button
[+] Teknik blend imej
[+] Dan sebagainya...

Jika anda belajar sendiri asas-asas menggunakan adobe photoshop melalui manual atau help file perisian ini, anda akan gagal menguasainya. Kenapa? Kerana ada banyak tools yang anda akan pelajari dalam manual photoshop sedangkan tidak semua tools tersebut akan digunakan untuk membina template minisite. Anda akan bingung, stress, dan akhirnya tinggalkan adobe photoshop.

Satu teknik yang saya sendiri gunakan untuk mempelajari adobe photoshop ialah melalui tutorial / sample yang dapat digunakan terus untuk projek minisite saya. Contohnya, katakan saya ingin mengetahui teknik membina Glossy Button untuk kegunaan laman web saya. Maka saya akan search tutorial tentang membina Glossy Button di seluruh pelusuk internet dan cuba mengikuti tutorial tersebut sehingga berjaya menghasilkan grafik tersebut.

Samalah konsepnya dengan pembinaan template minisite. Jika anda ingin membina template minisite menggunakan adobe photoshop, anda perlukan tutorial yang mengajar anda bagaimana membina template minisite. Dengan cara ini, pembelajaran akan lebih berkesan dan anda akan ingat teknik tersebut dengan mudah.

Jika dibuat perbandingan, adakah tutorial melalui ebook atau artikel lebih baik berbanding melalui video? Saya pasti lebih ramai memilih tutorial video. Ini kerana teknik mempelajari adobe photoshop yang berkesan ialah melalui video tutorial kerana anda nampak sendiri bagaimana teknik-teknik pembinaan template tersebut dilakukan disamping mendengar sendiri audio yang disampaikan oleh designer.

Berita baik untuk anda yang mahu mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop, saudara Bearnerd Bondly telah menghasilkan satu produk yang dapat membantu anda mengetahui rahsia membina template minisite dengan adobe photoshop. Produk beliau iaitu Pakej Video Minisite yang bakal dilancarkan pada 3 July 2009. Secara ringkasnya, produk ini bakal membantu anda mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop melalui video tutorial. Apa kelebihan mengetahui teknik membina grafik template minisite?

[+] Anda boleh menjadi seorang grafik designer seperti saudara Bearnerd dan menjana pendapatan melalui khidmat design minisite.
[+] Anda boleh berjimat membina template minisite sendiri setiap kali ingin membina laman web perniagaan
[+] Anda bakal mempelajari asas template minisite dengan photoshop dan akan menjadi asas penting kepada anda untuk mempelajari lebih banyak rahsia menggunakan perisian adobe photoshop.

Jadi jangan lupa untuk melayari blog ini selalu untuk mendapatkan update terkini tentang pelancaran produk ini. Dan pastikan anda telah download tutorial percuma Membina Animasi Banner Photoshop yang disediakan oleh saudara Bearnerd di laman web {Panduan Minisite}. Semoga informasi ini memberikan banyak pengetahuan berharga buat anda.

Klik di sini untuk Maklumat Lanjut

0 Comments: